Monday 25 May 2015

HANGAT! Program Perantis PruBSN.

HANGAT ni..cuaca panas sikit :p.

.
Baru-baru ni saya telah menghadiri satu program perantis PruBSN di Ukay Perdana selama 2 hari. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran pada diri sendiri tentang perjalanan kerjaya kita. Banyak perkara yang saya belajar untuk memperbetulkan kembali matlamat hidup saya.

Benar, selama ni saya bersusah payah bangun pagi , berkejar-kejaran ke tempat kerja bagi memenuhi impian orang lain. Sedang didalam hati ini, begitu sakit untuk memenuhi impian orang lain tu. Bukan saya dibasuh atau dipengaruh untuk berkata begini, tetapi ini juga yang terbuku di dalam hati selama ini.

"Kenapa aku nak kayakan orang lain sedangkan aku boleh buat sendiri?". Kata-kata itulah yang pernah bermain diminda saya sebelum ini. Dan ketika di program 2 hari tersebut telah menyetujui kata-kata saya selama ini.

Saya punyai lesen untuk menjual takaful, jadi kenapa saya tidak bergerak sendiri sahaja tanpa diperhati oleh orang lain? Saya juga tidak dibebani oleh produk perbankan yang pelbagai yang bercampur baur dengan produk konvensional. Dengan izin Allah, saya bakal menamatkan khidmat saya di bank dalam minggu ini juga 28/5/2015.

Kemudian saya akan meneruskan kerjaya saya sebagai perunding takaful PruBSN secara sepenuh masa. Dan harapan saya agar dapat kongsikan ilmu tentang takaful yang masih lagi tidak dipandang oleh kebanyakan masyarakat. Banyak cabarannya nanti untuk membuka mata masyarakat, namun itu adalah asam garam kehidupan.

Hingga di sini saya akhiri coretan malam saya yang tak seberapa ni. Mudah-mudahan yang sudi membaca ni dapat dimurahkan rezeki serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Wassalam.

No comments:

Post a Comment