Sunday 7 June 2015

Apa itu Takaful?

Masih ramai yang belum jelas tentang konsep takaful. Kebiasaan yang berlaku apabila seorang penasihat takaful mendekati prospek, prospek akan cepat-cepat menjauhi penasihat takaful tersebut.

Mari saya nyatakan beberapa kategori alasan penolakan untuk meyumbang dalam takaful:

+ TIADA KEPERLUAN
+ TIADA KEFAHAMAN
+ TIADA KEPERCAYAAN

Jika ada penambahan lagi saya akan kemaskini lagi insya-Allah.

HAYATI: 017-6699787
PruBSN Takaful Consultant.

PruBSN Takaful Terbaik

Menabung sekarang untuk waktu kecemasan. Ramai orang tidak fikirkan tentang waktu kecemasan, bila dah berlaku apa-apa baru rasa terkilan.
.

+ Takaful membantu waktu kecemasan anda.
.
+ Takaful membantu melindungi gaji anda.
.

+ Takaful membantu mewujudkan pusaka dalam bentuk cash kepada waris anda.
.

Hubungi saya Norhayati 017-6699787
PruBSN Takaful Consultant
.
‪#‎Takafulforyou‬
‪#‎Alwaysbesmarter‬

Monday 25 May 2015

HANGAT! Program Perantis PruBSN.

HANGAT ni..cuaca panas sikit :p.

.
Baru-baru ni saya telah menghadiri satu program perantis PruBSN di Ukay Perdana selama 2 hari. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran pada diri sendiri tentang perjalanan kerjaya kita. Banyak perkara yang saya belajar untuk memperbetulkan kembali matlamat hidup saya.

Benar, selama ni saya bersusah payah bangun pagi , berkejar-kejaran ke tempat kerja bagi memenuhi impian orang lain. Sedang didalam hati ini, begitu sakit untuk memenuhi impian orang lain tu. Bukan saya dibasuh atau dipengaruh untuk berkata begini, tetapi ini juga yang terbuku di dalam hati selama ini.

"Kenapa aku nak kayakan orang lain sedangkan aku boleh buat sendiri?". Kata-kata itulah yang pernah bermain diminda saya sebelum ini. Dan ketika di program 2 hari tersebut telah menyetujui kata-kata saya selama ini.

Saya punyai lesen untuk menjual takaful, jadi kenapa saya tidak bergerak sendiri sahaja tanpa diperhati oleh orang lain? Saya juga tidak dibebani oleh produk perbankan yang pelbagai yang bercampur baur dengan produk konvensional. Dengan izin Allah, saya bakal menamatkan khidmat saya di bank dalam minggu ini juga 28/5/2015.

Kemudian saya akan meneruskan kerjaya saya sebagai perunding takaful PruBSN secara sepenuh masa. Dan harapan saya agar dapat kongsikan ilmu tentang takaful yang masih lagi tidak dipandang oleh kebanyakan masyarakat. Banyak cabarannya nanti untuk membuka mata masyarakat, namun itu adalah asam garam kehidupan.

Hingga di sini saya akhiri coretan malam saya yang tak seberapa ni. Mudah-mudahan yang sudi membaca ni dapat dimurahkan rezeki serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Wassalam.

Wednesday 13 May 2015

Rezeki Berniaga

Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog Rezeki Berniaga ini. Kenapa saya letak tajuk Rezeki Berniaga? Kerana saya yakin dengan berniaga, saya juga boleh peroleh rezeki seperti mana dengan kerja makan gaji, insyaAllah.
Kenapa saya pilih untuk berniaga? Sebab saya sukakan masa yang fleksible, saya nak lebih masa di rumah, dan paling penting memang saya minat berniaga sendiri.

Banyak yang saya pelajari 'adab-adab' berniaga ni. Atau dengan kata lain tips atau panduan berniaga. Dulu, saya berniaga juga tapi tanpa bimbingan dan ilmu. Disebabkan tu saya banyak berhabis duit bagi tujuan melabur untuk buat bisnes tu bisnes ni, tapi bisnes tak ke mana-mana. Produk tersimpan dalam stor. Tak pun produk digunakan sendiri je hihi :p.

Ramai dari kita yang bersemangat nak bisnes. Ada duit je dalam tangan terus je rasa nak buat tu buat ni. Belum apa-apa lagi dah nak buat bisnes yang modal beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu. Ada juga yang terus nak buka kedai.

Semua ni dibuat tanpa kita menilai jenis bisnes tu sendiri. Ke mana kita nak pasarkan, kepada siapa kita nak jual. Silap-silap, produk dah ada tapi taktau nak jual kepada siapa.

Namun begitu pelaburan yang pernah saya buat dulu walaupun tak beri banyak pulangan, saya tetap jadikan perkara tu sebagai pengalaman dalam dunia berniaga.

Sesiapa pun pasti akan makan dulu dengan sepak terajang dunia bisnes. Dengan pengalaman tu lah yang akan buat kita cekal untuk memperbaiki kesilapan lalu.

Banyak lagi saya nak kongsikan tentang rezeki berniaga ni, mudah-mudahan dapat kita bertemu lagi insyaAllah.

Monday 11 May 2015

Pengenalan

Salam perkenalan dari saya Norhayati Binti Mohd Nopiah, alhamdulillah dilanjutkan usia mencecah 28 tahun pada tahun 2015 ini. Berasal dari Felda Jengka 2, dan kini menetap di Gombak bersama suami tercinta dan seorang putera sulung yang comel lagi manja, Muhammad 'Adli bin Ibrahim.

Sedikit tentang latarbelakang pendidikan, saya memegang sijil Ijazah Sarjana Muda (Pengiklanan) Komunikasi Massa & Pengajian Media di Uitm Shah Alam.

Pengalaman kerja, sekarang masih lagi bekerja sebagai Penasihat Kewangan Peribadi di Maybank. Dan ini adalah bulan terakhir (MAY 2015) untuk saya bekerja makan gaji. Pernah juga bekerja sebagai Eksekutif Media & Pengiklanan di sebuah syarikat kecantikan, dan Pegawai Penerangan di sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan di Shah Alam.

Bekerja di tempat yang berbeza membuka mata saya melihat ragam manusia, ragam pengurusan syarikat serta selok belok perniagaan syarikat itu sendiri yang mana membuat saya lagi nekad untuk berniaga.

Sebelum berfikir untuk meletakkan jawatan daripada makan gaji dengan orang, saya telah berfikir sedalam-dalamnya untuk bekerja sendiri. Saya juga berpengalaman dalam perniagaan secara online sejak tahun 2013. Mungkin tempias daripada emak yang juga kental berniaga kedai makan sebelum ini membuatkan saya juga berminat untuk meneroka dalam perniagaan.

Produk pertama yang saya jual adalah produk kecantikan. Masa tu saya tak ada ilmu berniaga lagi, hanya keinginan yang kuat sahaja untuk berniaga. Lama jugalah stok nak habis jalan. Kemudian saya tukar menjual produk kecantikan jenama lain pula, masa tu saya diberikan ilmu pemasaran online oleh Founder produk tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah jualan demi jualan berjaya saya buat walaupun tidak la mencecah puluhan ribu ringgit.

Dalam masa yang sama juga saya berniaga biskut pretzel, dengan sedikit ilmu yang saya ada saya pasarkan produk saya itu kepada pengguna FB. Pretzeliciouz adalah jenama produk pertama saya, cuma masa tu saya buat sekejap saja kerana sedang sarat mengandung anak pertama dan menanti hari untuk bersalin :)

Berkenaan dengan minat pula, sebagai seorang wanita tentulah minat saya terhadap masakan terlalu tinggi..namun tidak lah pula masakan saya terlalu sedap seperti orang lain, cuma sekadar hobi-hobi saja :p Buat masa ni tiada lagi kemahiran spesifik yang saya ada, alhamdulillah syukur dengan apa yang ada.

Selain daripada memasak, saya juga suka membaca, cuma sejak dah ada putera kecil ni sukar sikit nak luangkan masa saya dengan membaca. Kalau ikutkan banyak juga buku-buku kerohanian, tips berniaga dan pelaburan yang sudah menjadi bahan koleksi saya. Sangat berharap jika dapat habiskan satu-satu buku dengan cepat :p

Untuk pengetahuan, sebelum saya mulakan blog ini saya juga ada blog pertama saya iaitu cahayattie.blogspot.com. Di situ terdapat maklumat tentang perniagaan yang saya ceburi sebelum ini dan juga kisah-kisah peribadi zaman dulu-dulu :p

Matlamat saya adalah ingin berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa dan menjadi peniaga yang berjaya di dunia akhirat. Banyak lagi yang saya nak taipkan tetapi cukuplah dahulu entri pengenalan daripada saya yang lemah ini :) Wassalam.