Monday 11 May 2015

Pengenalan

Salam perkenalan dari saya Norhayati Binti Mohd Nopiah, alhamdulillah dilanjutkan usia mencecah 28 tahun pada tahun 2015 ini. Berasal dari Felda Jengka 2, dan kini menetap di Gombak bersama suami tercinta dan seorang putera sulung yang comel lagi manja, Muhammad 'Adli bin Ibrahim.

Sedikit tentang latarbelakang pendidikan, saya memegang sijil Ijazah Sarjana Muda (Pengiklanan) Komunikasi Massa & Pengajian Media di Uitm Shah Alam.

Pengalaman kerja, sekarang masih lagi bekerja sebagai Penasihat Kewangan Peribadi di Maybank. Dan ini adalah bulan terakhir (MAY 2015) untuk saya bekerja makan gaji. Pernah juga bekerja sebagai Eksekutif Media & Pengiklanan di sebuah syarikat kecantikan, dan Pegawai Penerangan di sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan di Shah Alam.

Bekerja di tempat yang berbeza membuka mata saya melihat ragam manusia, ragam pengurusan syarikat serta selok belok perniagaan syarikat itu sendiri yang mana membuat saya lagi nekad untuk berniaga.

Sebelum berfikir untuk meletakkan jawatan daripada makan gaji dengan orang, saya telah berfikir sedalam-dalamnya untuk bekerja sendiri. Saya juga berpengalaman dalam perniagaan secara online sejak tahun 2013. Mungkin tempias daripada emak yang juga kental berniaga kedai makan sebelum ini membuatkan saya juga berminat untuk meneroka dalam perniagaan.

Produk pertama yang saya jual adalah produk kecantikan. Masa tu saya tak ada ilmu berniaga lagi, hanya keinginan yang kuat sahaja untuk berniaga. Lama jugalah stok nak habis jalan. Kemudian saya tukar menjual produk kecantikan jenama lain pula, masa tu saya diberikan ilmu pemasaran online oleh Founder produk tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah jualan demi jualan berjaya saya buat walaupun tidak la mencecah puluhan ribu ringgit.

Dalam masa yang sama juga saya berniaga biskut pretzel, dengan sedikit ilmu yang saya ada saya pasarkan produk saya itu kepada pengguna FB. Pretzeliciouz adalah jenama produk pertama saya, cuma masa tu saya buat sekejap saja kerana sedang sarat mengandung anak pertama dan menanti hari untuk bersalin :)

Berkenaan dengan minat pula, sebagai seorang wanita tentulah minat saya terhadap masakan terlalu tinggi..namun tidak lah pula masakan saya terlalu sedap seperti orang lain, cuma sekadar hobi-hobi saja :p Buat masa ni tiada lagi kemahiran spesifik yang saya ada, alhamdulillah syukur dengan apa yang ada.

Selain daripada memasak, saya juga suka membaca, cuma sejak dah ada putera kecil ni sukar sikit nak luangkan masa saya dengan membaca. Kalau ikutkan banyak juga buku-buku kerohanian, tips berniaga dan pelaburan yang sudah menjadi bahan koleksi saya. Sangat berharap jika dapat habiskan satu-satu buku dengan cepat :p

Untuk pengetahuan, sebelum saya mulakan blog ini saya juga ada blog pertama saya iaitu cahayattie.blogspot.com. Di situ terdapat maklumat tentang perniagaan yang saya ceburi sebelum ini dan juga kisah-kisah peribadi zaman dulu-dulu :p

Matlamat saya adalah ingin berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa dan menjadi peniaga yang berjaya di dunia akhirat. Banyak lagi yang saya nak taipkan tetapi cukuplah dahulu entri pengenalan daripada saya yang lemah ini :) Wassalam.

No comments:

Post a Comment